SEJARAH KEWUJUDAN KAMPUNG TONGOD, KINABATANGAN (SEJAK –
1880)
Sejarah Awal
Berdasarkan
sejarah awal penduduk Pulau Borneo tergolong dalam kelompok Austronesia, iaitu
daripada kelompok Negrito dan Austroloid. Kelompok ini telah meninggalkan Tanah
Melayu bersama-sama penduduk Austronesia yang lain selepas zaman air batu,
iaitu kira-kira 2,500 - 5,000 tahun yang lalu. Mereka memulakan penghidupan
baru dan berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain disamping
mengamalkan pertanian pindah (shifting cultivation) dalam menyara hidup
seharian mereka. Amalan ini telah dilakukan untuk beberapa lama sehinggalah
mereka sampai di Utara Pulau Borneo. Perubahan hidup masyarakat ketika itu
telah bermula dengan petempatan secara kekal dan bertumpu di tebing sebuah
tasek yang dikelilingi oleh pokok-pokok Ara di ulu Sungai Labuk yang dikenali
dengan nama Nunukragang. Tidak dapat dipastikan samada Kampung Nunukragang yang
terletak tidak jauh dari Jambatan Tampias ketika ini adalah kampung yang
dimaksudkan dalam sejarah penghijrahan awal ini. Salah satu suku etnik yang
terdapat disini adalah suku kaum Orang Sungai.
Dari segi catatan sejarah, asal
usul mengenai Orang Sungai adalah bermula pada 1881, apabila residen pertama
Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi menyusur Sungai
Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih wujud pada ketika ini.
Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah terserempak dengan
sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan kebolehan mendirikan
petempatan di tebing sungai serta pandai bercucuk tanam yang dicirikan dengan
imej berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan. Disebabkan masalah
komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-usul masyarakat tersebut
dan untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan masyarakat ini dengan
panggilan the river people.Selepas
peristiwa tersebut dan semasa pemerintahan The British North Borneo
Chartered Company (BNBCC) panggilan ini telah dialihbahasakan kepada Orang
Sungai dan telah kekal digunakan bukan saja terhadap masyarakat yang mendiami
Sungai Kinabatangan tetapi juga masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang
lain juga turut digelar sedemikian.
Masyarakat yang tinggal di pinggir
sungai yang dirujuk sebagai Orang Sungai terus berkembang dan petempatan mereka
sering tertumpu di tebing-tebing sungai utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai
Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Pemilihan tempat ini boleh dikaitkan dengan cara hidup masyarakat ini yang
gemar bercucuk tanam dan sentiasa mencari kawasan yang subur terutama kawasan
lembangan sungai.Sistem Kepercayaan dan Adat Resam.
(05)
Orang
Sungai menganut fahaman yang berbeza-beza, ada yang beragama Islam, Kristian
dan ada yang masih mengamalkan fahaman Animisma. Mereka yang menganut agama
Islam pada asasnya adalah terdiri daripada mereka yang berkahwin campur dengan
peniaga Suluk.
SISTEM DAN STRUKTUR KEPIMPINAN.
Sistem dan struktur kepimpinan suku
kaum Orang Sungai terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua
Anak Negeri, Orang Tua atau Ketua Kampung. Mereka dilantik oleh kerajaan kerana
berpengaruh dan berwibawa dalam menyelesai masalah masyarakat terutama dalam bidang
adat istiadat suku kaum Orang Sungai tanpa mengira kepercayaan agama mereka
masing-masing.Gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK) diberi kepada Ketua Daerah yang
menjadi ketua kepada sesebuah daerah. Gelaran kepada Ketua Anak Negeri yang
membantu mentadbir daerah tersebut pula diberi gelaran sebagai Panglima.
Satu gelaran yang tertinggi dalam
masyarakat Orang Sungai adalah Gelaran Tagajoh Gayoh (Pemimpin Agung) yang
dianugerahkan kepada seseorang pemimpin yang dipilih berdasarkan jasa dan
sumbangan kepada bangsa, agama dan Negara. Sementara Gelaran Tagajoh (Pemimpin)
adalah satu lagi gelaran kedua tertinggi yang dianugerahkan kepada beberapa
orang pemimpin terpilih berdasarkan kepada kepimpinan, perjuangan dan khidmat
bakti khususnya kepada masyarakat Orang Sungai. Kedua-dua gelaran ini
dimashyurkan oleh sebuah jawatankuasa khas yang diwakili oleh semua ketua suku
kaum Orang Sungai yang terdiri daripada 30 sub-etnik dari seluruh Negeri Sabah
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persatuan Bangsa Sungai Sabah
(SABAS).
Dalam masyarakat suku kaum Orang
Sungai yang beragama Islam, Imam adalah pemimpin yang bertanggungjawab dalam
hal-ehwal keagamaan. Manakala mereka yang masih menganut fahaman animisma,
pemimpin mereka adalah Ketua Kampung atau Orang Tua. Masyarakat suku kaum Orang
Sungai yang menganut agama Kristian pula merujuk kepada paderi untuk
menyelesaikan hal-ehwal keagamaan mereka.
KAMPUNG TONGOD (1881 – JULAI.2012)
SEPINTAS LALU.
Sebelum
tahun 1881,Kinabatangan ini pernah dijelejahi atau didatangi oleh pedagang cina
untuk mencari penempatan baru yang diketuai oleh seorang Kerabat Maharaja Cina
yang bernama "
(06)
ONG
SUNG PING".Fakta ini sememengnya boleh diterima secara logik akal,hal ini
berdasarkan kepada harta-harta yang dijadikan pusaka dan hantaran perkahwinan
oleh penduduk kampung seperti Tempayan buatan cina (Gambar Naga)dan barangan
dapur.Bangsa Suluk(dipercayai dari Kesultanan Sulu) dan (Kesultanan
Brunei),Pakistan (Simunul),Jawa dan Arab pernah sampai ke Kg.Tongod ini dengan
tujuan untuk berdagang disamping menyebarkan Ajaran Agama Islam.
Kesan-kesan peninggalan pedagang dan
mubaligh islam ini hingga kini masih ada,terutama sekali dalam adat-istiada
perkahwinan,pakaian dan peralatan muzik.Pada zaman dahulu contohnya,pengantin
lelaki akan memakai Songkok tidak kira islam atau bukan islam.Pakaian kaum
perempuan (baju Simpit) asalnya dari
bangsa suluk dan peralatan kulintangan,sementara lelaki islam terutama majlis
kenduri akan memakai kain sarung dipercayai dari tradisi atau kebiasaan bangsa
Arab.Sementara seni mempertahankan diri sebahagian besar adalah peninggalan
bangsa Suluk,Cina (kuntau),dan Jawa.
Bagi Kg.Tongod ini sendiri banyak amalan
- amalan tertentu hasil peninggalan bangsa-bangsa dari luar yang datang ke
kawasan ini samada dari segi tradisi,kebudayaan,amalan perubatan,sukan dan
keagamaan.Pada waktu mengetam padi misalnya,ada sejenis permainan yang
dimainkan "Sugal".Pada batang padi tersebut ada bentuk-bentuk
tertentu yang dipanggil sugal dan uniknya pula setiap jenis mempunyai nilai
tertentu.Permainan ini dimainkan secara jual dan beli terutamanya diantara
lelaki dan perempuan (bujang).Pada waktu malam pula biasanya kaum lelaki sambil
menjamu minuman tradisi (tapai),mereka akan berbalas-balas pantun dalam bahasa
suluk dipanggil (Magdaling),ada juga berbalas pantun sambil memukul tin-tin
kosong sebagai gendang pengiring (dalam bahasa melayu).
Dari segi agama dan kepercayaan
pula,jika diambil kira kedatangan
Kolonial British sekitar tahun 1900 maka agama yang terawal sekali ialah
agama islam.Ini kerana sebelum itu saudagar Suluk, Arab dan Brunei telah sampai
ke Kawasan ini lebih awal.Pada ketika itu semua penduduk masih lagi animisme
(Pagan).Oleh sebab itu sebelum kedatangan British permusuhan kaum sangat rancak
berlaku (Head Hunting)Pemotong Kepala,dimana
seorang pemuda tertentu akan dianggap berani berdasarkan jumlah kepala yang
telah dipotong.Sebab itulah dalam suku kaum sungai sendiri panggilan
"BAANI"sangat terkenal untuk orang-orang yang telah banyak memotong
kepala manusia (kaum yang lain).
Bagi Suku Makiang-Sungai kegiatan
(head hunting) ini bukan berbentuk amalan atau tradisi.Kegiatan ini berlaku
kerana “mempertahankan diri dan belas dendam”,justeru itu setelah kedatangan
Islam dan British kegiatan tersebut dihentikan.Antara suku kaum yang terlibat
dengan kegiatan (head hunting) ini paling lama ialah “Suku Rumanau dan Suku
Minokok”lebih kurang 70 tahun (sekitar 1880 – 1953).
(07)
SEJARAH.
Menurut
catatan yang ditulis oleh En.Roslan Lampakas (Bekas ADO Pejabat Daerah Kecil
Tongod)dalam buku aturcara Perayaan Pesta Kaamatan 1990 berpusat di
Tongod.Orang yang mula-mula sekali datang di tempat ini ialah “AKI
RANDAM”,beliau ini keturunan Suku Makiang berasal dari Kg.Bangkulat.
Keterangan ini disokong oleh En.Abd.Kadir
Bin Abdullah,menurut beliau nama lain atau sebelum memeluk agama islam AKI
RANDAM ini bernama “AKI SALAP”.
Menurut cerita pada zaman dahulu satu
wabak penyakit yang dipanggil “PANGKOT”telah melanda beberapa buah kampung di
sebelah bawah termasuklah Kg.Bangkulat.Wabak tersebut telah banyak mengorbankan
nyawa ramai penduduk.Disamping mencari penempatan baru faktor yang mendorong
penghijrahan beberapa penduduk ialah penyakit tersebut.Diceritakan juga bahawa
pada zaman tersebut belum ada penduduk yang mempunyai agama,mereka semua pada
ketika itu adalah “Animisme”.
Seorang pedagang Islam daripada Brunei
bernama “IMAM KAHAR”telah sampai di Kg.Bangkulat tersebut.Banyak keajaiban yang
dimiliki oleh pedagang tersebut ,walaubagaimanapun AKI SALAP ini sebagai
orang yang paling gagah pada ketika itu
tidak mempercayai pedagang berkenaan.Digambarkan bahawa pada ketika itu AKI
SALAP ini adalah seorang BAANI yang paling disegani bukan sahaja oleh Sukunya
tetapi juga oleh pihak msuh “TINGGALAN”.Pada satu masa ada acara menangkap ikan
beramai-ramai “MENUBA” menggunakan racun akar kayu “TUBA” di kawasan
tersebut.Imam Kahar telah menggaris Sungai Kinabatangan ini dengan
tongkatnya.Apa yang menghairankan “semua ikan sebelah bawah hidup cergas,tetapi
ikan sebelah ulu semuanya mati”sedangkan racun dibuang sebelah ulu sungai.
Keajaiban seterusnya yang
ditunjukkan oleh’Imam Kahar’ ialah sewaktu wabak “Pangkot”melanda kawasan
tersebut sesiapa yang mendapat suntikan beliau akan sembuh.Dikatakan bahawa
“Aki Salap”ini tidak lut oleh apa-apa senjata tajam,tetapi dengan jarum
suntikan ‘Imam Kahar’dengan senang sahaja melukai kulit seterusnaya isi
beliau.Maka dengan itulah beliau ini “Aki Salap” telah memeluk agama islam
seterusnya berguru dengan Imam tersebut.Apabila ketua mereka telah memeluk
agama islam maka sebilangan besar penduduk telah mengikut jejak langkah beliau
ini.
Setelah sampai di tempat ini beliau “AKI
RANDAM” telah bertemu dengan “EN.KANGI”yang berasal daripada Kg.Talibu.Menurut
orang ini tiada orang yang berani pergi ke tempat ini kerana takut dengan
“Seekor Harimau/Mondou” yang tinggal dalam lubang batu di
(08)
bukit
“OPOS MATO”(boleh dilihat dari Kuala Sungai Tongod).Sebagai seorang yang gagah
berani (Gumbilaan) beliau telah mengarahkan beberapa orang mencari batang
pisang monyet dan damar seterusnaya dikumpulkan dilubang batu tersebut.Setelah
itu damar tersebut telah dibakar,akhirnya Harimau/Mondou tersebut telah mati hangus.Selepas
itu barulah ramai orang yang telah berhijrah seterusnya membuat penempatan di
tempat ini.
NAMA
(ASAL-USUL)
Pada
awalnya EN.KANGI telah menamakan
tempat ini sebagai “TONGODO”,iaitu
bersempena dengan nama poko-pokok kayu yang banyak terdapat ditempat ini ketika
itu.Tetapi pada hari ini akibat peredaran masa,arus sungai deras bila musim
hujan(banjir) dan juga kebanyakkan generasi sekarang tidak lagi mengenali pokok
tersebut maka pokok ini sudah jarang ditemui.
Nama TONGODO tersebut tidak kekal
lama,ini kerana apabila DATO RABBANA (Saudagar berbangsa Suluk)telah sampai di tempat ini
beliau telah meminta agar nama tersebut ditukar kepada “TONGOD” yang membawa erti “TEMPAT”
dalam bahasa Suluk.Sememangnya pedagang –pedagang Suluk pada ketika itu sangat
dihormati,ini kerana dikatakan bahawa mereka ini adalah wakil daripada Kerajaan
Sulu datang berniaga sambil meninjau kawasan berkenaan.Seterusnya pangkal nama Tongod ditambah dengan perkataan
“KUALA”(Alung-Bahasa Sungai)maka
jadilah nama tempat ini “KUALA
TONGOD”(ALUNG TONGOD-Bahasa Sungai).Ini adalah disebabkan oleh kedudukan tempat ini sendiri terletak di
Muara (Kuala Sungai Tongod) yang mengalir ke Sungai Kianabatangan.
TINGGALAN-TINGGALAN SEJARAH.
1:Dispensari (Rumah Sakit)-Zaman
British.
Satu-satunya
bangunana hasil peninggalan bangsa tersebut ialah bangunan
"Dispensari/Rumah Sakit"yang telah dibina pada tahun 1938.Bangunan
ini dibina hasil kerjasama dengan penduduk kampung pada ketika itu.
Tenaga kerja atau Pembantu Perubatan yang
pertama bertugas ialah 'En.Andau"berketurunan Suku Kaum Dusun anak
kelahiran Negeri Sabah.Anak beliau ini sendiri telah menjadi Penolong Pegawai
Daerah (ADO) di Pejabat Daerah Kecil Tongod iaitu "En.Charles
Andau".Pembantu
(09)
Perubatan
yang kedua "En.Gusmiah" berketurunan Suku Kaum Sungai dan berasal
dari Kg.Sukau Kinabatangan.
Menurut cerita selepas sahaja pembinaan
bangunan 'dispensari' tersebut selesai, pada tahun yang sama pihak Mission
Anglican telah mengambil alih pentadbiran dispensari tersebut.Pihak mission
mendapati bahawa dua jenis penyakit berjangkit tropika (Malaria dan T.B)
merupakan ancaman besar kepada nyawa penduduk ketika itu.Malah dianggarkan
bahawa pada ketika itu separuh daripada setiap keluarga meninggal dunia akibat
serangan penyakit tersebut.
Pada tahun 1958 "Miss Wendy
Grey" seorang Pelayan dari USPG Missionari telah menyahut cabaran
tersebut.Dikatakan bahawa beliau inilah yang bertanggungjawab memberikan
ceramah menyedarkan penududk tentang bahaya penyakit dan kebaikkan perubatan
moden.Beliau ini sanggup pergi ke kampung-kampung sekitar membuat lawatan
dengan bantuan pihak Mission.
Usaha murni ini
diteruskan oleh beberapa orang pelayan dari US Peace Corps.(Belanda,England dan
Australia).Diantara orang-orang tersebut yang terkenal dan masih diingati
hingga kini ialah "Sister Colline,Sister Elliot L.C,dan Miss Marianne
Wise.Selepas 41 tahun , iaitu pada awal tahun 1979 barulah Pihak Kerajaan
Negeri Sabah/Persekutuan mengambilalih pentadbiran dispensari tersebut daripada
Gereja Anglican (Mission).
2.Tongod Anglican School
Kinabatangan,North Borneo(Airan Inggeris)
Sekitar
tahun 1955 dan 1956 apabila Rombongan Mubaligh Kristian yang diketuai oleh
"Reverand Lomex"datang ke Kg.Tongod kali kedua,OT.Harun bin Japar
telah menemui Paderi tersebut.Tujuan beliau ialah memohon agar Pihak Mission
membuka sebuah Sekolah di kampung ini.Tindakan beliau ini adalah ekoran
daripada rasa tidak puashati dengan tindakan kerajaan mewujudkan sebuah Sekolah
Rendah Kerajaan di Kg.Penangah.Padahal ketika itu jarak Kg.Penangah lebih jauh
ke Sandakan daripada Kg.Tongod ke Sandakan.Beberapa permohonan juga telah
diajukan kepada pihak kerajaan tetapi tidak mendapat sebarang perhatian.
Pihak Mission melalui Reverand Lomex
bersetuju dengan permintaan tersebut tetapi dengan syarat.Antara syarat
tersebut ialah (Pihak Mission dibenarkan menyebarkan ajaran Agama
Kristian.OT.Harun Bin Japar bersetuju dengan syarat tersebut TETAPI penduduk
yang telah menganut Agama Islam tidak diganggu dan hak mereka mesti
dihormati).Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat-syarat tersebut maka
kerja-kerja pembinaan bangunan Sekolah tersebut dimulakan pada tahun 1957 dan
siap sepenuhnya pada tahun 1958.
(10)
Pembinaan bangunan tersebut dilakukan secara
gotong-royong antara penduduk kampung dengan pihak Mission.Penduduk kampung
bertanggungjawab mendapatkan beberapa bahan binaan seperti kayu bulat,belian
dan kulit kayu dari hutan.Dikatakan bahawa bukan sahaja pembinaan bangunan
sekolah malah bangunan gereja (Lama) masih ada hingga sekarang dibina hasil
gotong-royong penduduk kampung.Pada ketika itu agama yang ada selain Pagan
ialah Agama Islam justeru sebilangan besar penduduk yang terlibat dalam
pembinaan bangunan-bangunan tersebut ialah penduduk islam.
Pada hari ini jika kita hayati dan
perhatikan lebih dekat struktur bangunan tersebut (Gereja) terutama bahagian
tiang belian berbentuk bulat,sukar untuk diterjemahkan dengan
kata-kata.Bagaimana jerih payah,berapa banyak keringat yang keluar daripada
tubuh penduduk kampung membawa tiang-tiang tersebut daripada hutan
belantara.Daripada kesimpulan peribadi penulis sendiri dapat diandaikan bahawa
"semangat perpaduan,kepatuhan kepada ketua,keikhlasan dan semangat
inginkan kemajuan "adalah faktor utama kejayaan pembinaan
bangunan-bangunan tersebut.Soal upah,gaji dan harga bahan binaan yang
sememangnya tidak seberapa hanya perkara kedua,apa yang penting sekali ialah
masa depan bangsa terjamin hasil daripada pendidikan (ilmu) yang bekal
diperolehi nanti.
Tarikh 06hb.Januari.1958 adalah tarikh
"Sejarah" yang sangat penting bagi penduduk Kg.Tongod kerana pada
tarikh inilah bangunan sekolah berkenaan siap seterusnya digunakan.Antara
pelajar pertama ialah (Imam Tanguran Bin OT.Harun) ,pada ketika itu telah
berumur sekitar 18 tahun.Faktor umur inilah menyebabkan beliau ini hanya sempat
belajar sehingga darjah tiga (Primary Three).Walaubagaimanapun sebagai
keluaran/produk pertama beliau ini fasih bercakap dalam bahasa inggeris
disamping menulis dengan baik seterusnya menjadi salah seorang pemimpin
masyarakat tersohor khususnya di Kg.Tongod ini.
Guru pertama yang bertugas di sekolah
ini ialah ialah "En.Puntang"berketurunan Iban berasal dari Negeri
Sarawak dan di bantu oleh En.Andrew Kerry (Tukang Kayu yang mahir) juga dari
Sarawak.Beliau ini kemudiannya digantikan oleh beberapa orang guru besar
(Headmaster) berbangsa inggeris, antara yang terkenal ialah "Miss Govier
dari England dan Miss Sylvia Jeans dari Australia.
Bangunan sekolah tersebut sudah
dirobohkan oleh pihak mission setelah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
mengambilalih sekolah tersebut sekitar penghujung tahun 1970an.Tapak sekolah
ini juga telah dipindahkan ke Kg.Lilingkuon (Kawasan Kg.Tongod) sekitar tahun
1985 pada era pemerintahan Parti BERJAYA.
(11)
3:Bangunan Gereja Anglikan (lama).
Seperti
yang diceritakan tadi bahawa bangunan ini juga adalah hasil kerja gotong-royong
Pihak Mission dengan penduduk kampung.Struktur bangunan termasuk seni bina
masih lagi kukuh dan tidak banyak berubah walaupun sudah di mamah usia dan
mendapat pembaikkan.
Bangunan tersebut banyak menyimpan
nostalgia bukan sahaja bagi penduduk yang menganut agama kristian tetapi juga
penduduk yang beragama islam.
Masa persekolahan pada zaman tersebut
ialah jam 8.00 pagi,sebelum masuk ke bilik darjah semua pelajar dikehendaki
pergi ke gereja tidak kira kristian,islam atau pagan dan ini adalah satu
peraturan.Kebanyakkan aktiviti pada sesi tersebut lebih kepada amalan yang
dilakukan oleh Agama kristian,disamping itu aktiviti sekolah (Ko-Kurikulum
sekarang ini) seperti lakonan di buat di dalam gereja tersebut.
Bagi pelajar yang menganut agama islam
hal tersebut bukanlah masalah besar pada ketika itu,bagi mereka ini khususnya
ibu bapa apa yang penting sekali ialah ilmu pengetahuan daripada mereka dan
bukan kepercayaan agama dan budaya yang dipelajari.Dalam soal keagamaan (islam)
pada ketika itu ialah kekuatan "AQIDAH" yang telah hidup subur sejak
sekian lama sebelum kedatangan Pihak Mission Anglican ke Kg.Tongod ini.
4:Bangunan Kedai "Meng
Chiang".
Bangunan
ini adalah milik sebuah syarikat perdagangan cina (Yoong Soon) yang pada ketika
itu mempunyai kedai besar di Kg.Tangkulap dalam Daerah Tongod.Bangunan ini
adalah bangunan tertua dimana ianya telah dibina sebelum pendudukan Pihak Jepun
(Sekitar Kedatangan Pemerintahan Kesultanan Sulu).
Secara ringkas bangunan ini telah melalui
"Empat Zaman Pemerintahan (Suluk,British,Jepun,British)sehinggalah pada
hari ini masih lagi kukuh.Pada zaman pemerintahan Suluk dan British kedai ini
seringkali dijadikan sebagai tempat mesyuarat dan menyelesaikan permasalahan
penduduk kampung.Pada zaman Jepun pula bangunan ini dijadikan sebagai Markas
tentera dan pusat penyimpanan peralatan senjata.Dikatakan juga bahawa banyak
darah yang telah ditumpahkan oleh Pihak Jepun di kawasan ini.
Seandainya pada masa ini OT.Harun Bin
Japar dan Fee Bak Meen (Antara Taukeh Kedai) masih hidup pada ketika ini,
nescaya sebuah buku kecil dapat diterbitkan hasil cerita khusus disebalik
bangunan ini.Pada masa sekarang ini,seandainya bangunan ini seperti manusia
(boleh berkata-kata) banyak kisah yang boleh diceritakan kerana sepanjang
usianya telah menyaksikan kisah hidup dan suka duka penduduk Kg.Tongod
khususnya sejak ianya di bina hingga sekarang.
(12)
5:Tugu
Sumpah Perdamaian (Suku Rumanau dan Suku Minokok).
HEAD HUNTING
Tugu
ini adalah "BUKTI" sahih bahawa pada suatu ketika dahulu di kawasan
ini pernah terjadi Permusuhan Kaum dalam tempoh masa yang cukup lama.Permusuhan
kaum ini melibatkan aktiviti (HEAD HUNTING) pemotong kepala manusia.Berdasarkan
tugu tersebut kaum yang terlibat ialah Suku Rumanau dengan Suku Minokok.
Dianggarkan bahawa tempoh masa
permusuhan tersebut ialah sekitar 70 tahun. Permusuhan ini hanya berjaya
ditamatkan sepenuhnya dengan campur tangan Pihak British iaitu pada tarikah
"04hb.Mei.1953.Peristiwa perdamaian tersebut telah diadakan di
"Kg.Kiandongo" dalam kawasan Kg.Tongod dan di buat oleh (OT.Karukau-Suku
Rumanau dan OT.Rungkaki-Suku Minokok) sebagai wakil bagi kedua-dua suku
tersebut.
Bagi Suku Kaum Makiang dan Sinabu
gelaran-gelaran seperti "BAANI" amat sinonim bagi kedua-dua suku
tersebut.BAANI ialah gelaran kepada seorang Pahlawan (yang berjaya membawa
balik kepala musuh),sementar panggilan seperti "TINGGALAN-Suku Makiang,dan
SAGILITAN-Suku Sinabu ialah panggilan kepada sekumpulan musuh (Pemotong Kepala)
yang seringkali datang menyerang kawasan ini ketika itu.Status seorang pahlawan
(BAANI) diukur mengikut berapa jumlah kepala yang berjaya dipotong seterusnya
di bawa balik dari perburuan.
Bagi Suku Kaum Sungai (Ulu Kinabatangan)
khususnya kawasan Kg.Tongod aktiviti (Head Hunting) pemotong kepala ini
dilakukan disebabkan oleh mempertahankan diri dan membalas dendam pada
mulanya.Pada zaman dahulu kumpulan musuh (Tinggalan
/ Sagilitan) ini biasanya datang menyerang kawasan ini pada masa-masa
tertentu,biasanya pada musim menanam dan menuai padi.Walaubagaimanapun bagi
Suku Kaum Sungai khusunya Suku Makiang,kegiatan ini telah tamat (tiada tarikh
tertentu) selepas kedatangan Agama Islam ke kawasan ini.Bagi Suku Kaum Makiang
"BAANI" yang sangat
terkenal ialah (Aki Salap@Randam,Aki
Sangka,Aki Pangkatan,Aki Lintangah,Aki Jaim) setakat yang diketahui.
Nama-nama besar inilah juga yang
bertanggungjawab kepada kewujudan kampung-kampung pesisir Sungai kinabatangan
daripada Kg.Kuamut hinggalah ke Kg.Tongod ini.Sejak dari itu susur galur
keturunan mereka ini bertaburan hingga ke Kg.Penangah ,faktor hal tersebut
antara lain ialah kerana "Perkahwinan".Justeru
bagi Kg.Tongod ini sendiri penduduk islam mempunyai kaitan keluarga dengan
penduduk sekitar bukan beragama islam seperi
Bolot,Talibu,Purutawoi,Malagatan,kiliwatong dan sehingga ke Kg.Penangah.
(13)
STRUKTUR KEPIMPINAN (Tahun 1900 hingga 2012)
1:Aki Salap @ Randam.
Menurut
cerita beliau ini adalah 'MOYANG"
kepada seluruh penduduk Kg.Tongod khususnya yang beragama islam.Beliau ini
berasa di Ulu Sungai Kuamut (Tambanoua) seorang pahlawan gagah perkasa,digeruni
pihak kawan dan lawan (Tinggalan)
pada keika itu.
Daripada penempatan asal beliau berjalan mengejar pihak musuh bersama
beberapa orang saudara beliau sendiri (nama tidak diketahui).Setelah melalui
perjalanan yang cukup lama akhirnya beliau sampai/tembus di Sungai Kinabatangan
seterusnya menetap di Kg.Bangkulat.Adalah dipercayai bahawa saudara-saudara
beliau ini ada yang sampai sehingga ke Kg.Inarad,Kg.Penangah seterusnya ke
Keningau.Menurut cerita mereka ini tidak lagi kembali ketempat asal mereka.
Bagi Suku Kaum Makiang Sungai
mereka-mereka inilah yang digelar sebagai "BAANI".Menurut cerita
zaman mereka inilah berlaku kegiatan Head
Hunting (Pemotong Kepala) yang sangat rancak.Seperti cerita awal peristiwa
ini berlaku akibat daripada "mempertahankan diri dan membalas
dendam".Bermula daripada kisah inilah khusus untuk Penduduk Islam
Kg.Tongod hari ini, mempunyai pertalian keluarag yang rapat dengan penduduk
bukan beragama islam dari Kg.Kuamut hinggalah Kg.Penangah sekarang ini.
Menurut keterangan yang diperolehi
beliau ini adalah oarang yang "Pertama"memeluk agama islam,seterusnya
diikuti oleh penduduk kampung pada ketika itu (sebelum kedatangan Pemerintah
Suluk sekitar sebelum tahun-19900).Jika fakta ini diambil kira maka Penulis adalah
"Keturunan Ketujuh"melalui susur-galur keturunan "Aki Salap @
Randam "ini.
Apabila wabak penyakit "PANGKOT"(sejenis penyakit
berjangkit) menyerang penduduk Kg.Bangkulat dan sekitar (tarikh tidak
diketahui),beliau ini berserta beberapa keluarga telah menyusuri Sungai
Kinabatangan hingga ke Kg.Tongod seterusnya bertemu dengan "En.Kangi".Pada waktu itu beliau dan beberapa penduduk
telah memeluk agama islam dengan diislamkan oleh "Imam Kahar" seorang pedagang/mubaligh islam dipercayai
dari Kesultanan Brunei.Selepas
membuat penempatan (Kampung) di tempat ini seorang saudagar Suluk bernama "Datuk Rabbana"telah sampai
ke tempat ini,seterusnya melantik beliau sebagai "Penghulu" dengan gaji $5.00 sebulan daripada Pemerintah Sulu.
Bermula pada masa inilah maka penduduk
kampung ini pada ketika itu mempunyai seorang ketua yang sah,.ini kerana
dipercayai bahawa pada ketika itu kewasan ini termasuk dalam Kuasa Pemerintahan
Kerajaan Sulu sehingga Ulu Kinabatangan.
(14)
2:Aki Daaga @ Panglima Ambilbar.
Tokoh
ini adalah anak kepada "Aki Randam" dan bertugas dari Pemerintahan
Suluk sehingga Zaman Kolonial British.Seperti bapanya beliau ini juga dikatakan
seorang yang gagah perkasa,disamping mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu
dalam pelbagai bidang.Beliau ini juga sangat dihormati dan digeruni oleh kawan
dan lawan pada zaman tersebut.
Bagi Suku Kaum Makiang beliau ini
adalah satu-satunya tokoh yang pernah menentang Pihak British.Beliau ini pernah
pergi ke Sandakan (menaiki perahu)
berjumpa dengan Residen British pada
ketika itu.Beliau meminta "Seratus
pucuk senapang berserta dengan dua guni peluru"daripada British,dengan
alasan bahawa banyak "TELEGRAF"yang dipasang oleh British sebelah Ulu
rosak akibat gangguan "Gajah Liar".
Sebelum pertemuan tersebut Pihak
British telah menghidu niat sebenar beliau lebih awal lagi.Oleh itu Pihak
British telah mengupah seorang Saudagar Suluk untuk meracuni beliau ini.Apabila
rombongan mereka ini sampai di Kg.Bilit sekarang ini , mereka telah disambut
seterusnya diberikan jamuan secara besar - besaran.Dalam jamuan tersebut
Saudagar Suluk tadi telah menyimpan racun ke dalam minuman "Panglima
Ambilbar".Setelah menyedari bahawa beliau ini telah diracuni maka mereka
terus bertolak dari Kg.Bilit berdayung siang dan malam tanpa henti.Mungkin umur
beliau telah sampai maka akhirnaya beliau ini menghembuskan nafas terakhir di "KG.LANGOT" sekarang ini
dalam kawasan Kg.Tongod.
Menurut cerita penduduk "Panglima
Ambilbar" telah dipilih oleh "Paduka
Mat Salleh" sebagai ketua sebelah Ulu Kinabatangan untuk melawan Pihak
British.Paduka Mat Salleh dikatakan pernah sampai ke kawasan ini bagi meraih
sokongan penduduk untuk menentang British.Pada ketika itu juga penduduk
setempat tidak berpuashati dengan peraturan "Cukai" yang dikenakan oleh British keatas penduduk
kampung.Antara cukai-cukai yang dikenakan pada ketika itu ialah "Cukai Kepala Manusia,Cukai Perahu,dan Cukai hasil-hasil pertanian dan
ternakan".Hal inilah yang menyebabkan "Panglima Ambilbar"
sebagai ketua ketika itu bangun untuk menentang Pihak British tetapi tidak
kesampaian.
Orang-orang (Gumbilaan/Pahlawan) yang dibawa oleh beliau ke Sandakan untuk
menemui Residen British ialah "Aki Dagang , Aki Mutasim, dan Aki
Jali".Sementara anak beliau yang bernama "Aki Masaleh" ditinggalkan bagi menjaga keselamatan
seterusnya pentadbiran kampung,beliau ini juga dikatakan seorang
"Gumbilaan/Pahlawan" pada ketika itu.
(15)
3:Aki Masaleh Bin Ambilbar.
Selepas
Panglima Ambilbar meninggal dunia tempat beliau sepatutnya digantikan oleh
anaknya yang bernama "AKI MASALEH",yang juga cukup hebat pada ketika
itu.Walaubagaimanapun beliau ini (Aki Masaleh) tidak berminat untuk menjadi
ketua,sebab-sebab beliau tidak berminat tidak diketahui.Dikatakan bahawa beliau
ini lebih berminat mempelajari ilmu-ilmu berkenaan dengan soal keagamaan
(Islam) pada masa itu.
4:Aki Tangkas Bin Darusan.
Oleh
kerana tiada lagi orang yang boleh dilantik sebagai ganti kepada Panglima
Ambilbar maka Pihak Suluk telah melantik AKI
TANGKAS BIN DARUSAN sebagai ketua (kemungkinan OT) bagi mengetuai penduduk
ketika itu.Walaubagaimanapun era beliau ini tidak lama,tidak diketahui
sebab-sebab atau masalah maka beliau ini diberhentikan oeh pemerintah ketika
itu.Kebetulan pula tiada maklumat tertentu yang diceritakan oleh penduduk
setempat samada dahulu atau sekarang ini berhubung dengan beliau ini.
5:Aki Japar Bin Ambilbar.
Beliau
ini telah dilantik oleh Pemerintah British dengan gelaran "Orang Tua"(OT).Berbanding dengan bapanya beliau ini
seorang yang agak sedehana.Walaubagaimanapun darah kepahlawanan tetap ada pada
diri beliau ini.
Sebagai ketua pada ketika itu beliau ini
telah memikirkan kepentingan kesihatan penduduk.Pada zaman ini berbagai-bagai
penyakit berjangkit timbul,cara perubatan pula hanya bergantung kepada
perubatan tradisi (Herba-herba dan amalan kepercayaan animisme).Dengan
kesedaran inilah maka beliau telah berjumpa dengan Pegawai Daerah Lamag ketika
itu yang bernama "Tuan
Cladius-berketurunan British".Beliau
telah meminta agar Pemerintah British ketika itu mewujudkan sebuah "Rumah Sakit" di Kg.Tongod
ini.
Pada tahun
1938 satu sejarah telah tercatat, dimana penduduk Kg.Tongod yang terdiri
daripada Suku Kaum Sungai-Makiang telah mendapat sentuhan "Perubatan Moden".Dengan adanya Rumah Sakit (Dispensari)
tersebut , bukan hanya penduduk Kg.Tongod yang mendapat manfaat tetapi juga
seluruh Kampung-Kampung sekitar pada ketika itu.Pada waktu inilah juga
dikatakan bahawa penghijrahan penduduk dari kampung berdekatan semakin rancak.
(16)
6:Aki Harun Bin Japar (Pemerintahan
USNO).(1976-Meninggal Dunia)
Beliau
ini cukup sederhana dan mempunyai ciri-ciri seperti
"Penyabar,Pemurah,Periang dan suka bergaul dengan sesiapa
sahaja".Ciri-ciri inilah yang menyebabkan beliau ini mempunyai cukup ramai
kawan seterusnya menjadi seorang pemimpin yang tersohor pada zamannya,sehingga
hari ini masih menjadi sebutan oleh penduduk setempat.
Seperti juga bapanya beliau ini telah
memikirkan kemajuan untuk kepentingan masa depan genarasi beliau.Jika bapanya
telah memikirkan kepentingan kesihatan masyarakat beliau ini pula lebih kepada
pendidikan (ilmu) untuk generasinya.Pada zaman tersebut masyarakat secara
keseluruhan masih lagi "BUTA
HURUF",pendidikan pada masa ini lebih kepada "Agama Islam".
Atas kesedaran tersebut maka beliau
telah mengemukakan beberapa permohonan kepada pihak Kerajaan agar sebuah
Sekolah Kerajaan di wujudkan di Kg.Tongod ini.Setelah puas memohon dan bersabar
menunggu tiada juga kelulusan,maka beliau telah mencari pendekatan yang
lain.Pada masa tersebut di Kg.Penangah sudah ada sebuah Sekolah Rendah Kerajaan
yang diberikan oleh kerajaan ketika itu.
Pada tahun 1953 beliau telah berjumpa dengan sekumpulan Mubaligh Kristian yang telah sampai di Kampung ini ketika itu.Dalam
pertemuan tersebut beliau telah meminta agar pihak Mission (Sabah Anglican Interior Mission) membuka sebuah sekolah di Kg.Tongod
ini.Rombongan mubaligh tersebut diketuai oleh "The Reverand Lomex-berketurunan inggeris".Tahun 1957 bermulahlah kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah
tersebut sehingga siap dan digunakan pada tahun 1958.
Beliau ini juga di gelar sebagai
"PANGLIMA RUMANTAI" oleh
Suku Kaum Mangkaak, seterusnya mendapat pemberian (hadiah) setiap tahun berupa
beras dan padi daripada Suku berkenaan. Rakan-rakan rapat beliau dari suku ini
ialah OT.Laasam, OT.Rungkaki, OT.Arut.
Suku Kaum ini terhutang budi ,ekoran satu peristiwa rompakan keatas sebuah
kedai milik orang cina bertampat di Kg.Tongod dimana dilakukan oleh suku ini
pada zaman dahulu.Pemberian hadiah sepertimana diatas dikenali sebagai " PUAS PUNSU",berupa tanda terima
kasih dan mengenang jasa dan bukan sebagai cukai tertentu.
Usaha berterusan untuk memajukan kawasan
ini diteruskan lagi dengan permohonan Sekolah Menengah dan Pejabat Daerah
Kecil untuk Kg.Tongod.Untuk tujuan
tersebut pada tahun 1975 beliau bersama ketua-ketua kaum yang lain mengadakan
mesyuarat dengan dipengerusikan oleh (Tuan
Jumat Insud) Pegawai Daerah
Lamag ketika itu.Walaubagaimanapun beliau tidak sempat melihat kewujudan SMK
dan Pejabat Daerah Kecil tersebut kerana pada tahun 1976 beliau telah kembali
kerahmatullah (meninggal dunia).
(17)
7:Aki Agap Bin Mutisam.
Menurut
cerita beliau ini pernah dilantik sementara sebagai Ketua Kampung (OT) bagi
menggantikan OT.Harun.Ini kerana masa tersebut OT.Harun pernah diberhentikan
sementara oleh OKK Harun (Ketua Daerah) berpejabat di Kg.Penangah ketika
itu.OT.Harun pada ketika itu ada masalah dengan isterinya (Adu Saliput Binti
Lintangah),selepas masalah tersebut selesai (Kahwin) beliau dilantik semula
sehinggalah awal Pemerintahan Parti BERJAYA.
8:Imam Tanguran Bin
OT.Harun.(1940-2002)
Mengikut
daftar sekolah (sehingga kini digunakan) beliau ini adalah kumpulan pelajar
pertama mendapat pendidikan di sekolah (Tongod Anglican School
Kinabatangan,North Borneo) pada tarikh 06hb.Januri.1958 (Aliran Bahas
Inggeris).Pada ketika itu umur beliau ini lebih kurang dalam 18 tahun,antara
rakan sekolah beliau ialah En.John Chua
Bak Meen,dan En.Idris Bin Panglima Siat.
Disebabkan faktor umur maka beliau ini
hanya sempat menuntut di sekolah tersebut dalam darjah tiga (Primary Three)
sahaja.Walaupun begitu beliau ini boleh bercakap dengan baik dalam bahasa
inggeris disamping lancar membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan
Jawi.Dengan sedikit ilmu inilah yang menjadi bekalan kepada beliau untuk
meneruskan perjuangan moyang dan bapanya dalam membantu masyarakat secara
keseluruhan.
Setelah bapanya meninggal dunia beliau ini
telah dilantik oleh Tuan Haji Abd.Malek Chua (allahyarham) sebagai Ketua
Kampung bagi Kg.Tongod ini.Pada zaman inilah gelaran OT(British) digantikan
dengan gelaran "Ketua
Kampung,"mengikut rekod pada ketika itu beliau ini belum sampai 40
tahun (umur).Setelah menjawat tugas tersebut seawal umur beliau 40an,tugas
berat telah berada di bahu iaitu "Pemimpin
Masyarakat dan Pemimpin Agama (Islam)".Pada
zaman dahulu gelaran "IMAM" diberikan kepada seseorang yang mengetuai
acara/aktiviti keagamaan.Ini kerana pada ketika itu dikatakan bahawa beliau ini
adalah satu-satunya penduduk yang mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.
Seperti awal catatan tadi bahawa ISLAM
adalah agama terawal sampai di tempat ini.Dalam situasi tersebut sepatutnya
sudah ramai penduduk yang mempunyai pengetahuan dalam bidang keagamaan.Pada
waktu tersebut kebanyakkan penduduk islam Kg.Tongod ini telah berhijrah ke
Kg.Suan Lamba sekarang ini.Ini adalah permintaan "Pangeran Galpam" wakil rakyat USNO supaya penduduk
berhijrah ke Kg.Suan Lamba (Rancangan
Tanaman Kelapa Sawit).Walaubagaimanapun
OT.Harun tidak menyahut permintaan
tersebut berserta beberapa ketua keluarga yang lain (Hujan Emas Di Negeri Orang,Hujan Batu Negeri Sendiri).
(18)
Mengenai Imam Tanguran Bin OT.Harun
ini,sumbangan besar beliau ialah dalam bidang "Keagamaan,Adat-Istiadat,dan Kepimpinan Masyarakat".Dalam
bidang agama islam beliau telah memberikan sumbangan sehingga ke Kg.Penangah dalam jangka masa hampir (22 tahun) sehingga meninggal dunia
pada tahun 2002.Tugas ini merangkumi
"Nikah kahwin,kenduri,pengurusan Jenazah,pengajain al-quran dan lain-lain
berkaitan dengan agama islam secara perseorangan
dan percuma.
Dalam kepimpinan masyarakat beliau ini
pernah menjadi "Ketua Kampung,Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN),Pemaju Mukim
(PM),Ketua Anak Negeri (KAN),JPPK (UMNO).Dalam bidang politik pula beliau ini
adalah Ketua Cawangan USNO, BERJAYA dan UMNO sehingga meninggal
dunia.Meneruskan permohonan bapanya agar sebuah Sekolah Menengah dan Pejabat
Daerah Kecil diwujudkan di Kg.Tongod melalui Haji Abd.Malek Chua,Wakil Rakyat
ketika itu.
Pada
tahun 1977 lahirlah Pejabat Daerah Kecil Tongod dan dalam masa yang sama kelulusan Sebuah Sekolah Menengah diberikan
oleh Jabatan Pelajaran Sabah.Bagi Sekolah Menengah ini Pemecahan Batu Asas
telah dilakukan sendiri oleh "Datuk
Musa Hitam" yang bertugas sebagai Menteri
Pelajaran Malaysia ketika itu.Dengan adanya kedua-dua Institusi berkenaan
maka bertambahla kemajuan Kg.Tongod dan kampung-kampung sekitar pada ketika itu
hingga hari ini.
Tanpa sebab dan alasan yang kukuh SMK TONGOD telah dipindahkan ke Kg.Penangah.Rakyat secara keseluruhan
cukup sedih dan dukacita dengan perpindahan tersebut.Penduduk Kg.Tongod
khususnya menerima tamparan cukup hebat kerana alasan perpindahan tersebut
ialah "ORANG TONGOD MENOLAK
PEMBINAAN SMK TERSEBUT".Tuduhan
tersebut sebenarnya TIDAK betul
kerana tapak SMK tersebut bukan dalam kawasan Kg.Tongod sebenarnya.Apa yang betul ialah campur tangan politik
telah membataskan perancangan awal
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah ketika itu.
9:En.Abd.Kadir Bin Abdullah.(1939)
Beliau
ini dilantik sebagai "Ketua Kampung merangkap PJKKK" pada tahun 1981
semasa Pemerintahan Parti Berjaya.Pada zaman ini banyak peruntukan-peruntukan
kecil seperti Balai raya dan Gelanggang perminan telah di bina.
Bagi masyarakat Islam sekarang ini
beliau ini boleh dikategorikan sebagai Ketua Umur.Oleh sebab itu hingga kini
beliau ini seringkali menjadi bahan rujukan dalam beberapa perkara terutama
berkaitan dengan hal-hal zaman dahulu.
(19)
10:En.Jangawan Bin Parigau.(1945)
Beliau
ini adalah sepupu sekali kepada Imam Tanguran Bin OT.Harun.Ini kerana (Adu Saliput Binti Lintangah-ibu kepada Imam
Tanguran) adalah adik kandung bongsu kepada OT.Parigau Bin Lintangah.
Pada tahun 1986 beliau ini dilantik
sebagai Ketua Kampung bagi Kg.Tongod menggantikan En.Abd.Kadir Bin
Abdullah.Pada hari ini dari segi adat-istiadat Suku Kaum Sungai beliau ini
adalah satu-satunya pemimpin yang masih mempunyai pengetahuan luas dan pakar
rujuk kepada Ketua-Ketua Kampung yang lain. Dalam usia yang sudah lanjut beliau
ini masih cergas dan erus bertugas sehingga ke hari ini.
11:En.Sani Bin Asbat.(1952)
Dilantik
sebagai Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) merangkap PJKKK pada tahun 1986 hingga
tahun 1996.Beliau ini berkhidmat semasa zaman Pemerintahan Parti Bersatu Sabah
(PBS) dan banyak memberikan sumbangan jasa sesuai dengan tugas beliau.
Pada zaman ini Kg.Tongod telah mendapat
Projek Perumahan (Projek Perhutanan Masyarakat-dikendalikan oleh Yayasan
Sabah).Beberapa penduduk kampung mendapat bantuan bahan binaan untuk membuat
rumah secara percuma.Sehingga hari ini rumah-rumah tersebut masih ada didiami
oleh penduduk kampung.Dari segi keagamaan pula beliau ini selalu dipanggil oleh
penduduk kampung bagi mengetuai acara-acar kenduri apabila imam bertauliah ada
urusan lain.
12:En.Asan Bin Pinsin.(1967)
Beliau
ini adalah cucu kepada OT.Harun Bin Japar.Dilantik sebagai PJKKK bagi
menggantikan En.Sani Asbat.Beliau ini merupakan PJKKK yang ke-3 bagi kg.Tongod
atas pilihan rakyat pada ketika itu,dan sekarang ini cucu lelaki paling tua
kepada OT.Harun Bin Japar.
13:En.Awang Abd.Murad.(1960)
Berasal
daripada Daerah Beaufort Sabah dan berketurunan Brunei.Bertugas sebagai
Pembantu Perubatan di Klinik Kesihatan Tongod.Beliau telah berkahwin dengan
(Pn.Sabturiah Binti Tanguran) dan terus menetap di Kg.Tongod hingga sekarang.
Dilantik sebagai PJKKK menggantikan
En.Asan Pinsin.Beliau ini memberikan sumbangan yang cukup besar khususnya
kepada masyarakat islam kampung ini.Dalam bidang politik (UMNO) beliau ini bertanggungjawab
membantu bapa mertuanya dalam hal-hal politik.Sehingga kini menjadi sumber
rujukan khususnya pemimpin UMNO kawasan ini.
(20)
Antara
jasa-jasa yang beliau sumbangkan ialah (Pengerusi JKKK-Ke 4,Ketua Cawangan
UMNO,Pengerusi Zon UMNO,Pengerusi Masjid,AJK UMNO Bahagian Kinabatangan dan
Ahli JASA sehingga sekarang).
Dalam bidang keagamaan beliau ini boleh
diandaikan sebagai pengganti kepada Imam Tanguran Bin OT.Harun.Walaupun kini
sudah ada Imam bertauliah daripada JHAEINS tetapi pada masa-masa tertentu
khidmat beliau ini sangat diperlukan.
14:En.Masuari Bin Atiau.(1962)
Bagi
penduduk islam Kg.Tongod beliau ini adalah Pemimpin Baru yang
berkebolehan.Mempunyai pandangan jauh dan idea-idea baru untuk kemajuan
kampung.Bertugas di Jabatan Pertanian Tongod sekarang ini dan pernah menjadi
guru sandaran satu ketika dahulu.
Beliau dilantik sebagai pengerusi JKKK
bagi Kg.Tongod yang ke-5.Antara sumbangan dan jasa beliau hingga sekarang ialah
(Pengerusi JKKK,AJK Masjid,Ketua Cawangan UPKO dan AJK Bahagian UPKO sehingga
sekarang).Beliau ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi JKKK atas pilihan
sendiri dan hanya beliau yang tahu sebabnya.
15:En.Hendrikus Emoi.(1969)
Seorang
pemimpin baru yang berkebolehan berusia sekitar awal 40an dan berpandangan
jauh.Beliau bertugas sebagai guru di SRK Pekan Tongod sekarang ini,seorang yang
cergas dan rajin bekerja.
Beliau dilantik sebagai Pengerusi JKKK
yang ke 6 bagi Kg.Tongod menggantikan En.Masuari Atiau.Walaupun baru
menjalankan tugas tersebut sudah banyak usaha yang beliau lakukan untuk
memajukan kampung ini.Sebagai pemimpin baru bagi kampung ini sumbangan beliau
ini masih belum boleh diukur atau diberikan gred (masih bertugas).Setakat ini
sumbangan -sumbangan beliau ialah (Pengerusi JKKK, Setiausaha Zon UPKO,dan
Setiausaha Pemuda Bahagian UPKO hingga sekarang ini).
KAWASAN KG.TONGOD (ASAL)
Mengikut
keterangan pemimpin-pemimpin kawasan ini (veteran) persempadanan
kampung-kampung Mukim Tongod ini telahpun ditentukan oleh pemimpin/ketua kaum
pada zaman dahulu lagi.Walaubagaimanapun tidak diketahui samada perkara
tersebut didokumentasikan atau tidak,hal inilah yang menjadi kemuskilan dan
pertentangan diantara kampung-kampung sekarang ini.
(21)
Bagi Kg.Tongod ini sendiri sempadan
awal dengan kampung-kampung yang lain adalah seperti dibawah ini mengikut
perjanjian pemimpin dahulu:-
Kg.Tongod dengan Kg.Bolot (Sempadan
diantara kedua-dua kampung ini ialah di bawah Kuala Sungai Ayoh @ Ayob) yang
dipanggil "Bayawion".
Kg.Tongod dengan Kg.Talibu (Sempadan
kedua-dua kampung ini ialah "Nikupang"-dikawasan ini terdapat batu
besar).
Kg.Tongod dengan Kg.Kiliwatong (tidak
diketahui tempat sebenar,tetapi sejak awal "Lilingkuon" masih
termasuk dalam Kg.Tongod hingga kini).
Pada hari
ini kawasan-kawasan tersebut bukan lagi milik Kg.Tongod.Ini kerana sebahagian
kawasan tersebut sudah masuk dalam kawasan (PPM-Yayasan Sabah Kg.Talibu dan
Kg.Bolot).Keadaan ini lebih parah lagi dengan adanya "Pelan Baru Pekan
Tongod" New Township yang telah mengambil kawasan Kg.Tongod (dari Kuala Sungai Tongod - Kg.Lilingkuon
hingga hampir sampai dengan sempadan
Kg.Bolot).Sekiranya kawasan "Township" ini dikuatkuasakan,
maka pada hari ini hampir 90 peratus Kg.Tongod asal telah ditiadakan.Sangat
menyedihkan sekali bagi kami warga Kg.Tongod yang mendiami kawasan ini hampir
112 tahun lamanya sengaja dikorbankan semata-mata kerana pembangunan yang tidak
terancang.
Justeru mengenai hal ini sebagai warga
merdeka,sekalipun kami hanya dikategorikan sebagai kolompok
"Minoriti" hak kami untuk membuat tuntutan dan rayuan secara berhemah
seharusnya diberikan perhatian.Untuk tujuan tersebut beberapa sebab kenapa
rayuan kami ini mesti diberikan perhatian serius oleh pihik-pihak berwajib
seterusnya kelulusan.
SEBAB-SEBAB TUNTUTAN/RAYUAN.
1.Kawasan perumahan (PPM-Yayasan
Sabah) terlalu kecil -41.41 hektar.
Kawasan
ini sebenarnya adalah kawasan berbukit dan mempunyai sungai.Untuk membuat rumah
kos untuk meratakan tapak terlalu tinggi,penduduk kampung tidak mampu untuk
membayar jentera.Jika dilihat dengan lebih dekat kawasan ini sememangnya kurang
sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan penempatan.
Dengan keluasan 41.41 hektar sahaja
sekarang inipun keadaannya sudah agak sempit sedangkan jumlah penduduk semakin
bertambah.Hal ini ditambahkan lagi dengan adanya individu tertentu dari kampung
lain membina rumah di kawasan ini.
(22)
Apa
yang dikhuatiri ialah pada lima atau sepuluh tahun akan datang kawasan ini
sudah tidak mampu menampung kebanjiran penduduk.Jika ini berlaku kemanakah
agaknya anak cucu kami akan datang untuk membuat penempatan.....?
2.Kawasan yang di pohon tidak
mencacatkan TOWNSHIP.
Jika
ditinjau dan dilihat secara lebih dekat kawasan yang dipohon untuk pengeluaran
terlalu kecil daripada kawasan asal (lebih kurang 10 peratus sahaja).Kawasan yang dimaksudkan ialah daripada
"Sempadan Mission hingga Sempadan Kg.Bolot sahaja, dan dari tepi Sungai
Kinabatangan hingga sempadan PPM-Yayasan Sabah.
Apabila
diperhatikan dalam Pelan Township , kawasan yang dipohon ini berada
dihujung/tepi kawasan tersebut dan bukannya berada di tengah-tengah.Oleh sebab
itu diandaikan bahawa kawasan ini TIDAK mencacatkan Township atau Pekan Baru
Tongod.Pada masa-masa akan datang apabila TONGOD TOWNSHIP ini sudah diwartakan
nanti, secara langsung perkataan KAMPUNG (KG.) akan hilang.Justeru itu
sekiranya permohonan kami diluluskan maka kawasan yang dipohon akan dinamakan
sebagai "KAMPUNG (KG.) TONGOD" nanti.Dengan ini sekurang-kurangnya
sejarah datuk nenek moyang kami tidak akan hilang,sekalipun terpaksa
mengorbankan kawasan asal yang wujud hasil daripada sebuah perjuangan dan
pengorbanan yang cukup panjang.
Seandainya sejarah kewujudan Kg.Tongod
ini lebih awal didokumentasikan seterusnya diselidiki dan dikaji dengan betul
boleh diandaikan bahawa "Kg.Tongod ini adalah watak utama" adanya
kampung-kampung sekitar Mukim Tongod ini. Dari segi SEJARAH pula ,Kg.Tongod ini
adalah pusat kelahiran "cerita,adat-istiadat,kebudayaan,cara hidup,agama
dan kepercayaan, dan ilmu" seluruh masyarakat setempat.
"Sejarah sebenarnya TIDAK pernah
membohongi manusia,tetapi kadang-kadang hanya manusia itu sendiri yang sengaja
memesongkan sejarah".Apabila keadaan ini berlaku maka
jadilah perkara-perkara seperti penindasan,dan pengorbanan hak sesuatu
suku,kaum atau kelompok minoriti.Dengan tindakan-tindakan sedemikian pada suatu
hari nanti masyarakat akan menghukum kita sebagai "TIDAK MENGENANG BUDI".
3.Telah diduduki sejak sekian
lama.(hampir 50 tahun anggaran).
Tempoh
masa penduduk sekarang (kawasan dipohon)
mendiami tempat ini sudah memakan masa hampir hampir 50 tahun.Fakta ini tidak
boleh disangsikan apabila tanaman-tanaman dan tanah perkuburan yang terdapat
dikawasan ini dijadikan sebagai ukuran masa.
(23)
Pada hari ini kawasan ini adalah kebun
utama bagi penduduk kampung.Fakta ini berdasarkan adanya berjenis-jenis tanaman
buah-buahan khususnya,yang telah berusia puluhan tahun.Tanaman-tanaman sara
hidup seperti (Kelapa Sawit dan Getah) ada diusahakan dikawasan ini untuk
menambah pendapatan bagi menampung keperluan seharian.Rumah-rumah yang telah
dibina dan sedang diduduki sekarang ini sudah cukup selesa,sekiranya terpaksa
dirobohkan sudah tentu memerlukan wang yang banyak untuk membina semula dan kami
tidak mampu kearah itu.
4.Sudah banyak pengorbanan yang
diberikan.
Jika
mengambil kira kepesatan pembangunan kawasan ini (Mukim Tongod) sehingga ke
hari ini,belum ada kampung-kampung sekitar yang sanggup berkorban sepertimana
yang Kg.Tongod berikan.
1.Tanah perkuburan islam (Sumilad).
Sebelum
Pemerintahan Parti BERJAYA kawasan tersebut adalah kawasan perkuburan islam
Kg.Tongod.Atas dasar pembangunan dan sikap "Tidak menghormati" hak
kelompok minoriti maka kawasan tersebut telah dihancurkan tanpa belas kasihan.Hanya
setakat yang diketahui (anggaran)hampir dua ratus jasad manusia yang telah
disemadikan dikawasan tersebut semenjak Kg.Tongod ini wujud.
2.Tanah perkuburan islam (Kawasan
PPRT Kg.Bolot Jalan Pekan Tongod).
Dikawasan
ini juga dianggarkan lebih 100 buah kuburan islam.Pada hari ini siang dan malam
kita melalui kawasan tersebut padahal suatu ketika dahulu kawasan ini adalah
perkuburan islam.Kawasan ini juga pada ketika itu terpaksa direlakan atas sebab
memberikan laluan kepada pembangunan kawasan ini (Jalanraya).
3.Kawasan asal Kg.Tongod.
Pada
asalnya kawasan ini cukup luas sebenarnya jika ikut persempadanan lama.Tetapi
atas dasar setia kawan,memelihara hubungan keluarga,tolak-ansur, dan belas
kasihan maka sebahagian kawasan ini kami relakan.
Sekarang ini , dengan adanya Pelan Baru
Pekan Tongod (New Township) sebahagian besar kawasan kampung ini termasuk dalam
pelan tersebut.Demi untuk pembangunan yang sedang pesat di bawa oleh "Kerajaan Barisan Nasional" juga
kami relakan untuk manfaat masyarakat keseluruhan.TETAPI kami MOHON, sedikit
rasa belas kasihan daripada pihak berkenaan agar kami diberikan sedikit kawasan
asal kami (sepertimana yang dipohon).
(24)
Edited By:
CHABIR@KHABIR BIN TANGURAN
No comments:
Post a Comment